Tuesday, November 17, 2015

Pakej Penjagaan Ibu Berpantang 2015


Pakej Basic Ibu

3 hari RM350(1jam 40m)

Urutan pantang 3x

Urutan banyakkan susu 
Tuaman Batu Berherba 1 badan 3x
Ikatan barut (bagi ibu bersalin normal) 3x


Pakej Penjagaan ibu & bayi
 3hari (3jam)
RM499

Urutan bersalin
Tuaman 1 badan
Mandian daun herba
pilis
tapel(kapur+limaunipis)
Tangas batu
Berbarut
Bertasak (air herba)
Pakej bayi

*********************************************************************************

Pakej Lengkuas 5 hari
RM799 2-3jam
Urutan pantang 4x
Urutan banyakkan susu 
Mandi daun herba 4x
Lulur hangat 1x 
Mandi limau pulih semangat 1x
Pilis/tapel
Berbarut
Bertasak (air herba)5x

Pakej Halba 7 hari

RM1260
Urutan pantang 5x
Mandi daun herba 5x
Mandi limau pulih semangat 1x
Mandian bunga seri ibu 1x
Pilisparamtapel 7x
Berbarut 7x
Tangas batu 5x
Tangas wangi asap 2x
Bertasak (air herba)5x
Pakej bayi 5x
Percuma Lulur hangat 2x

******************************************


Pakej Temulawak 14 hari

RM2300 2-3jam
Urutan pemulihan 3x
Urutan pantang 7x
Mandi daun herba 10x
Mandi limau pulih semangat 2x
Mandi bunga pulih seri 1x
Mandi herba 1x
Berbarut 14x
Pilis/param/tapel
Tangas batu 3x
Tangas ratus wangi 4x
Bertasak 14x
Pakej Bayi 14x
Percuma Set"Jamu Kampung"

Tambahan masakan ibu berpantang 2 jenis RM20/sehari

Sms / Whatsapp Kak sarah 017 6376146

Fb pages: Ummi Post natal


Terma & Syarat:

1) Rawatan ibu bersalin normal pada hari ke 3@4 .
    Rawatan ibu bersalin pembedahan pada hari ke 7 paling awal.
2) Kos adalah termasuk kos pengangkutan sekiranya tidak melebihi 10km .Sekira melebihi 5km akan dikenakan cas tambahan mengikut jarak.
3) Barang berpantang disediakan kecuali barut.
4) Rawatan tidak boleh direndahkan setelah booking ,hanya boleh tambah rawatan.
5) Bayaran booking serendah RM100 .di Cimb Bank Aleesa Enterprise 8601965319 atau
Maybank umi sarah 164164831430




Pantang Larang Ibu dalam pantang
*********************************************
Tempoh pemulihan selepas bersalin amat penting bagi seseorang ibu demi mengekalkan kesihatan dan keperawanannya luar dan dalam.
Almaklum sajalah tempoh mengandung yang berbulan-bulan dan pengorbanan saat melahirkan anak memang sangat-sangat meletihkan dan memerlukan kegigihan fizikal dan mental.g
Sebab itu lah penting untuk para wanita menempuh tempoh berpantang dengan sabar dan berdisiplin.
Tempoh berpantang pula bukannya sehari dua. Ikut amalan masyarakat Melayu, tempoh berpantang atau ‘berehat’ bagi ibu yang baru melahirkan ialah selama 40 hari.
Selain itu ada juga yang mengamalkan pantang 100 hari yakni selama tempoh tersebut tidak mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Pantang 100 hari memang digalakkan kerana cara ini akan benar-benar memulihkan sistem peranakan dan kesihatan ibu-ibu.
Semasa dalam pantang, dengan penjagaan dan rehat yang secukupnya, adalah diharapkan organ-organ dalaman wanita terutama saluran peranakan dsb.nya perlahan-lahan kembali kepada keadaan sepertimana sebelum hamil, walaupun mungkin tidak sama seratus peratus seperti ketika sebelum mengandung.
Dalam tempoh berpantang nie juga, ada beberapa pantang larang yang menjadi amalan supaya proses pemulihan itu lebih berkesan.

Pantang-Larang Ibu Dalam PantangπŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†πŸŽ†

Jangan Makan Ubi-ubian
Ubi-ubian seperti ubi kayu, keledek dan keladi perlu dielak sebab makanan jenis ini boleh mengganggu sistem pencernaan menyebabkan si ibu mungkin menghidap kembung dan sakit perut. Malah bukan setakat ibu, penyakit yang berkenaan juga mungkin boleh ‘transfer’ atau berjangkit kepada baby yang sedang menyusu.

Pastikan Selalu Pakai Sarung Kaki
Dah jadi macam satu ‘trademark’ pula. Tapi sebenarnya ia memberi manfaat besar iaitu mengelakkan kaki dan tubuh agar tak masuk angin. Kalau angina dah masuk, mulalah sengal-sengal dan badan tentu akan menjadi lebih lemah.

Tak Boleh Terhantuk Ibu Jari
Bagi sesetengah wanita yang lemah, kealpaan menyebabkan ibu jari tu terhantuk dengan benda keras boleh mengakibatkan pitam atau bentan.

Jangan Terlalu Aktif
Kalau boleh jangan terlalu banyak bergerak terutama dalam tempoh seminggu pertama selepas bersalin. Tujuannya supaya badan betul-betul mendapat rehat yang secukupnya.

Jangan Tidur Tanpa Berlapik
Elakkan tidur tidak berbantal atau sebarang pelapik yang boleh meninggikan sedikit paras kepala semasa berbaring. Selain punca kepada sakit kepala, tidur tanpa berbantal mungkin menyebabkan darah kotor susah keluar dan angina naik ke kepala menyebabkan sakit gila meroyan.

Jangan Sekali-kali Duduk Mencangkung
Dibimbangi posisi mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah tu terkeluar dan menyebabkan tumpah darah.

Mandi Duduk di Bangku
Sebaik-baiknya mandi dengan duduk di bangku untuk menjaga kesihatan peranakan. Mandi dalam keadaan duduk adalah disarankan berbanding berdiri supaya si ibu yang masih lemah tak perlu menggunakan banyak tenaga.

Rapatkan Kaki Semasa Tidur
Satu cara untuk cepatkan penyembuhan bahagian peranakan ialah dengan kaedah merapatkan kaki ketika tidur. Jangan tidur mengangkang.
Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Tidur ketika matahari tengah naik akan menyebabkan badan bertambah lesu dan sakit-sakit.

Saturday, September 19, 2015

Asal Usul Perawatan Perbidanan




Ilmu perbidanan berasal dari Nabi Adam a.s dan diamalkan isteri baginda Siti Hawa.
Siti Hawa adalah seorang merupakan pakar perbidanan perjagaan ibu dalam pantang. Siti Hawa telah melahirkan kembar 120 kali,

Dalam perawatan Siti Hawa mengamalkan rempah ratus seperti jintan hitam, k0ma-koma serta madu lebah arab bersama minyak yang diperbuat dari susu dan lemak kambing. Baginda mengamalkan perjagaan dalaman dengan minuman herba pada campuran daun inai, jintan hitam ,Murul Habsyi adalah kemenyan arab berwarna merah supaya mencuci darah supaya tidak berbau dan melancarkan dengan sempurna pengaliran ketulan darah nifas.

Panduan ringkas Berpantang ibu secara pembedahan;







Panduan ringkas Berpantang ibu secara pembedahan;

πŸŽ€ perlu diurut paling awal hari ke 10 .Urutan membantu untuk membantu melancarkan darah,melancarkan aliran susu badan,mengelak bengkak susu, melegakan badan selepas Bersalin pembedahan,mengelakkan Angin meroyan. Bagi juruurut yang Mahir bahagian perut tidak disentuh. Hanya secara berbaring Dan mengiring.
πŸŽ€ bertuam menggunakan batu sungai,bukit atau menggunak Tungku bunjut Untuk melancarkan darah nifas yang tersekat,membantu mengeluarkan darah bantal,darah bayam.membantu mengecutkan urat2 yang tegang terutama dibahagian celah2 peha.
πŸ”š Peringatan jangan ditungku dibahagian perut di kwsn pembedahan.diboleh bertuam disebelah Kiri Kanan pinggang .
πŸŽ€ Barut sesuai adalah Barut zap.tetapi pastikan dibahagian Jahitan sudah kering.
πŸŽ€ makanan masakan ibu sama dengan ibu Bersalin normal.
Look
πŸŽ€ Tangas yang sesuai adalah Tangas kering membantu menghilankan bau nifas,merapatkan kembali ,merawat rahim
πŸ”šPeringatan Ibu Bersalin scr pembedahan juga perlu banyak berehat sama seperti ibu Bersalin normal ,tidak boleh duduk bersimpuh,bersila kerana semasa pembedahan doktor melakukan secara pantas Dan organ dalam badan Kita terutama Rahim Kita xpasti adakah berada dalam keadaan asal.
Jangan Ambil Mudah
Cara menyuci Tali pusat Bayi

1) pastikan tali pusat sentiasa kering dan bersih. 

2) guna cotton bud yang dicelup dalam air spirit, sapu pada sekitar pusat. Sapukan dua kali atau lebih dalam sehari. Lagi rajin sapu ubat, lebih cepat tali pusat tanggal.

3) Jangan ulang celup cotton bud yang sama dalam spirit lepas sapu pada pusat. Gunakan cotton bud yang baru. Ini untuk pastikan tak berlaku jangkitan kuman.

4) Bila tali pusat dah tanggal, gunakan cotton bud bersihkan pusat guna air suam. Lepas dah bersih baru sapu dengan spirit.

Setelah tali pusat jatuh

1) cuci pusat dengan menggunakan spirit yang sama.
2) setelah bersih dan kering tuam pusat bayi dengan menggunakan Tungku bayi



#penjagaanpantang #urutan #urutantradisional #confinementlady #urutanpantang #makananpantang #mandianherba #pilis #parm #tapel # berbarut #tangas #mendiangbatu

Amalan Berpantang




Urutan Bersalin

Biasanya Mak Andam atau Mak Bidan yang ditempah lebih awal akan menjalankan tugasan mengurut. Urut biasanya dimulakan selepas tiga hari bersalin (masa ini ibu lepas bersalin telah pulih dari sakit bersalin) Ia tidak boleh dilewatkan kerana si Ibu akan mula berasa sengal-sengal badan sekira tidak diurut ketika itu. Walau bagaimanapun Ibu-ibu muda sekarang tidak mementingkan ini kerana keadaan tubuh badannya yang kuat dari segi fisikal merasakan ianya tidak perlu melecehkan.Menurut mereka yang berpengalaman, amalan berurut perlu kerana dengan berurut organ-organ peranakan dalam badan dapat diperbetulkan kedudukannya. Tanpa urut ia kan memberi kesan negetif setelah usia meningkat. Sesetengah orang berpendapat berat badan naik dengan mendadak setelah melahirkan anak kedua atau ketiga sekiranya ibu-ibu muda tidak mengamalkan amalan berurut dan lain-lain amalan semasa melahirkan anak.

Disini peranan anggota-anggota keluarga atau saudara tertua adalah penting untuk menasihatkan ibu-ibu muda mengamalkan tradisi urut selepas bersalin.

Amalan bertungku

Amalan bertungku merupakan satu amalan yang terpenting dan perlu diamalkan oleh setiap ibu bersalin. Ia mempercepat proses penyembuhan luka diperanakan. Mereka yang bertungku akan dapat merasakan kesan positif kerana apabila sedang bertungku darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa dan ini akan mempercepatkan kering darah nifas.Amalan ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalan kan selama tidak kurang dari 45 minit pagi dan petang selama tempuh berpantang empat puluh empat hari atau lebih. Tidak hairanlah ia kerap ditinggalkan oleh ibu-ibu bersalin kerana mudah berasa jemu kerana memerlukan kerajianan usaha ibu itu sendiri. Secara peribadi sekiranya ibu-ibu tiada kemampuan untuk berpantang makan, amalan bertungku ini tidak boleh tidak jangan ditinggalkan. Ia merupakan awet muda dan nengekalkan keharmonian dan kebahagian rumahtangga seterusnya, Insyaallah.

Pada peringkat awal pantang ibu bersalin perlu mendapat bantuan orang lain untuk menyediakan tungku ( membakar dan membalut tungku).Bertungku dijalankan dua kali sehari setiap pagi dan petang sehingga lepas pantang. Batu tungku biasanya dari batu sungai pejal dan licin bersaiz penumbuk dewasa atau sesetengah tempat dibuat dari besi tuang (cast iron) berbentuk botol pipih. Sebelum dibalut dengan sepuluh lapis kain kapas elok dilapek disebelah dalam dengan beberapa lapis susunan daun mengkudu, ini mengelakan kain dari hangus dan wap panas dari daun mengkudu juga dikatakan ada kesan baik. Sebaik-baiknya gunakan lapisan daun serom.

Amalan bertungku pada asasnya ialah untuk memanas seluruh anggota badan (menurut ulama 6,666 urat dalam anggota badan bengkak dan merasa sakit semasa melahirkan anak) menjadi sakit dan perlu di pulihkan perlahan semasa tempuh pantang. Kesan panas dari batu tungku membantu proses pemulihan ini. Bertungku perut dibuat sambil berbaring. Anggota badan yang perlu diberi tumpuan ialah perut. Seluruh bahagian perut ditungku dengan menekan batu tungku dan di tolak ke atas. Mulakan dari bawah pusat sehingga seluruh perut. Direingkat ahkir bertungku anggota lain seperti punggung, peha, labu betis dan tapak kaki.

Amalan Berbarut

Memakai barut adalah sama penting dengan amalan bertungku dan perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang selama empat puluh empat hari. Dipakai selepas siap bertungku sebelah pagi dan petang. Sebelum memakai barut perut disapu dengan jadam untuk minggu pertama dan hari-hari kemudiannya disapu dengan kapur sirih dicampurkan perahan air limau nipis. Ini untuk menghilangkan kesan hitam dan menegangkan semula otot perut

Sengkak ( Naikkan Rahim )


Tahukah anda.urutan yang betul amat penting bagi wanita terutama ibu baru bersalin,
Malah keesokkan harinya akan lebih segar.Urutan sengak( naikkan peranakan) adalah pada hari ke 40-44 .Ini kerana peranakan semasa itu amat sesuai dinaikkan ke tempat asal, tidak perlu dipaksa untuk disengkakkan.Pengecutan peranakan yang betul, amat penting untuk juruurut sengkak perananakan. Oleh kerana itu,ibu2 berpantang perlu menungku 2 Kali sehari sepanjang tempoh berpantang.


# temujanji 0176376146
# Urutan traditional melayu
#sengkak
#memperbetulkandalamanwanitabermasalaah(batin)
#sakit2badan,lenguh,terseliuh
#urutan mendapatkan zuriat (InsyaAllah ,kita hanya berusaha,)

Monday, September 7, 2015

PAKEJ PANTANG 2015


PROMOSI SEHINGGA DIS 2014

*Promosi Harga Termasuk Perkhidmatan Masakan Ibu Berpantang


*Promosi Harga Termasuk Perkhidmatan Masakan Ibu Berpantang



                            *Promosi Harga Termasuk Perkhidmatan Masakan Ibu Berpantang

 * TAMBAHAN RAWATAN BAYI JAUNDIS

Kekerapan buang air kecil




Masaalah ini sering berlaku pada ibu hamil yang membuatkan ketidakselesaan ibu ketika hamil. Keadaan ini berlaku kerana tekanan pada pundi kencing disebabkan proses pembesaran bayi dalam kandungan. Buah pinggang juga bekerja lebih cepat selama kehamilan dan menyebabkan pengeluaran air kencing yang lebih banyak. Aksi hormon tertentu selama kehamilan membuat dinding pundi kencing lebih lembek dari biasanya, yang juga meningkatkan dorongan untuk buang air kecil

Menurut ilmu perbidanan melayu, kekerapan membuang air kecil semasa hamil dapat dikurangkan dengan "bercebok" menggunakan air rebusan herba seperti daun sireh, halba, jintan hitam,kunyit serta garam kasar.

Rawatan dilakukan 2x sehari

Keputihan


Keputihan adalah lelehan faraj akibat perubahan hormon dari penebalan dinding faraj menghasilkan lelehan cair berwarna putih tanpa bau dikenali leukorrhea. Jika dijangkiti kuman atau jangkitan yis ,lelehan ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan berwarna pekat ,kuning kehijauan.
Kesannya wanita akan rasa kurang selesa, gatal-gatal,kemerahan pada faraj menimbulkan kesakitan ketika membuang air kecil.
"Mengikut Ilmu Perbidanan Melayu, penyakit keputihan atau lelehan faraj ialah penyakit resdung atau resdung bahagian sulit.
Rawatan :
Amalkan Mminuman air rebusan sirih 3 helai bersama sebutir garam kasar serta secubit jintan hitam yang direbus bersama 3 gelas air Biarkan mendidih sehinggan tingga segelas air.
Untuk rawatan bercebok atau berendam, rebus daun sirih, daun inai, garam kasar,serta daun mambu, jintan hitam, kunyit hidup



sabun manjakani RM18

Tuesday, June 2, 2015

‪#‎feedbackpelanggan‬
‪#‎kesandrurutan‬&jamukampungwarisan
‪#‎urutanmelayu‬
#0176376146 ksarah
Treatment Facial Dr Azimuth Skin Care
* treatment awet muda
* menghilangkan bintik2 hitam
* melicinkan kulit secara semulajadi

- Bamboo scrub
- cleanser
- collagen mask
- QBRE spray
- Infra red
- steamer/ozone
- VCO
- COQ10 Cream

PM WASSAP 0176376146

Alhamdulillah selesai sudah Pakej ibu & bayi berpantang selama 30 hari...
Terima kasih banyak2 puan ashikin sekeluarga..maafkan kami sekira terkurang atau terlebih tingkah laku cara ..semasa memberi perkhidmatan.

Saturday, April 4, 2015


Perjagaan berpantang ibu dan bayi bersaama Puan ayuni di Bercham.

Puan ayuni mengambil Pakej berpantang 5 hari ibu dan bayi . Pelanggan amat mempercayai perjagaan dan rawatan yang rapi ketika berpantang amat penting untuk kesihatan berpanjangan.

Pakej Berpantang 5 hari

urutan tradisional 1 badan ( teknik tuju urat) sedikit senaman bagi merengangkan otot2 yang sangat tegang selepas bersalin
bertungku pada 1 badan depan dan belakang 
bertangas mengeluarkan saki baki darah2 beku, menghilangkan bau darah nifas, malah merapatkan kembali disamping membantu mempulihkan jahitan 
berbarut sangat penting bagi ibu bagi membantu merapatkan kembali tulang pinggul, mengecutkan rahim, merampingkan pinggang .
berlulur rempah membantu membuang sel2 mati dikulit, menghilang strechmark, memhilangkan selulit yang paling penting sekali membantu membuang angin dalam badan
bertasak adalah rawatan terakhir untuk ibu membantu mengeluarkan darah yang tertinggal seperti darah bayam,darah beku yang sekiranya tidak dikeluar habis boleh mengakibat angin meroyan.
mandi bayi dituruti dengan membersih tali pusat, berurut dan bertuam

wassap / sms kak sarah 0176376146



[ BADAN LEMAU & LESU ]

* Ingin segarkan badan selepas bersalin dengan mandian herba tapi sukar untuk mendapatkan bekalan daunnya?
* Kembali ceria selepas bersalin dengan haruman segar dari mandian herba?
* Tinggal dibandar dan sukar dapatkan bekalan daun herba untuk mandian selepas bersalin.


Khasiat & Kegunaan
=================
* Mengatasi masalah kebas-kebas dan sengal tulang, sendi dan otot badan sewaktu didalam pantang
* Membantu melancarkan pengeluaran susu ibu
* Membuang angin didalam badan
* Menyegarkan urat saraf
* Untuk menyegarkan badan, memulihkan tenaga yang lemah dan menghilangkan stress selepas bersalin
* Menghilangkan bau badan
terutamanya ketika nifas


Cara penggunaannya, mudah :


Rebus Mandian Herba bersama 2-3 gayung air sehingga mendidih. Kemudian campurkan dgn air mandian mengikut tahap suhu bersesuaian dan keselesaan anda.
*Setiap pek boleh digunakan 2-3 kali mandian sehingga sache hilang bau, aroma dan warna. Jika tidak, ia boleh disimpan di dalam peti sejuk bagi kegunaan
seterusnya.
Dalam berpantang :
Mandian digalakkan pada awal pagi bagi mengelakkan badan masuk angin@sejuk. Lakukan pagi dan petang selama tempoh berpantang.


Pm/wassap ksarah 0176376146

Tapak Kaki Kesan Penyakit



Tapak kaki kita mempunyai saraf yang menghubungkan dengan organ-organ tertentu di badan kita.

Urutan refleksologi adalah salah satu rawatan berkesan untuk mengubati masalah sakit tapak kaki.

Faktor Sakit Tapak Kaki Banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit kaki seperti :

* Bentuk kaki yang leper dan rendah lengkungan bahagian dalam kaki atau dikenali Pes Planus * Bentuk kaki yang mempunyai lengkungan dalam yang tinggi yang dikenali sebagai Pes Cavus * Pemilihan kasut yang tidak betul seperti tiada penyokong lengkungan tapak kaki atau bertumit tinggi * Selepas kecederaan seperti patah atau terseliuh
* Berat badan yang berlebihan seperti mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30 kilogram meter persegi (kg/m2)
* Melakukan aktiviti di tempat yang keras tanpa kasut yang sesuai seperti melakukan joging di jalan berturap tar dengan memakai kasut sukan taekwando.

Cara Mengatasi Sakit Tapak Kaki Bagi mengatasi sakit kaki, anda perlu mengetahui faktor-faktor penyebab sakit kaki terlebih dahulu dan cara bagaimana anda dapat mengatasinya dengan :

# Kekalkan berat badan dengan pemantauan BMI normal sekitar 18.5 hingga 25 kg/m2
# Tidak memakai kasut bertumit tinggi atau sekurang-kurangnya tumit kasut tidak melebihi 1 inci
# Memilih kasut yang sesuai mengikut aktiviti fizikal anda seperti lembut dan fleksibel pada tapak kasut serta mempunyai penyokong di bahagian lengkungan dalam dan lengkungan lintang di hadapan kaki
# Anda perlu memiliki sepasang tapak kasut atau insole yang mempunyai ciri-ciri sokongan tapak kaki yang boleh digunapakai pada semua kasut anda jika sekiranya anda telah mempunyai banyak kasut dan tidak ingin membazir dengan membeli kasut lain
# Lakukan senaman kaki mengikut panduan ahli fisioterapi anda dengan senaman regangan plantar fascia dan senaman kekuatan otot kaki

Wednesday, January 28, 2015

PAKEJ2 RAWATAN BERPANTANG DI IPOH

Bodymask promotion RM40 ( NP:RM45) [Apa yang best dengan Lulur Mandi Coklat] Menjadikan kulit putih, cantik, halus, gebu dan cerah. Menanggalkan sel-sel mati, bintik-bintik hitam serta daki pada badan. Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku dan celah ketiak. Menghindarkan bau badan dan peluh berbau. Mengurangkan tekanan dan keletihan memperbaiki tekstur kulit yang kering dan kasar Rawatan lulur ini saya telah amalkan dari zaman anak dara lagi, saya hanya lakukan sendiri,sebelum mandi sempat je sental2 mana2 yang sepatutnya kan, sehinggalah dah ada anak 2,3 orang ni saya masih amalkan. Yela dengan strechmark , kesan2 hitam selepas bersalin. Hasilnya mmm...,saya suka share pada kawan2,rajin2lah lulur buat sendiri pun lagi okeykan. bukan muka sahaja perlu di makeup.tapi dalaman pun kena Cantikk dan gebu tau. Jom ksarah bantu lulurkan Rawatan rumah ke rumah @ di mutiara spa untuk temujanji Sarah 017637614
Urutan tradisional Cara kampung + tuju urat + Cek peranakan + membuang angin + memperbetulkan urat + RM70.00 Servis rumah ke rumah