Pantang Larang Ibu dalam pantang
*********************************************
Tempoh pemulihan selepas bersalin amat penting bagi seseorang ibu demi mengekalkan kesihatan dan keperawanannya luar dan dalam.
Almaklum sajalah tempoh mengandung yang berbulan-bulan dan pengorbanan saat melahirkan anak memang sangat-sangat meletihkan dan memerlukan kegigihan fizikal dan mental.g
Sebab itu lah penting untuk para wanita menempuh tempoh berpantang dengan sabar dan berdisiplin.
Tempoh berpantang pula bukannya sehari dua. Ikut amalan masyarakat Melayu, tempoh berpantang atau ‘berehat’ bagi ibu yang baru melahirkan ialah selama 40 hari.
Selain itu ada juga yang mengamalkan pantang 100 hari yakni selama tempoh tersebut tidak mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Pantang 100 hari memang digalakkan kerana cara ini akan benar-benar memulihkan sistem peranakan dan kesihatan ibu-ibu.
Semasa dalam pantang, dengan penjagaan dan rehat yang secukupnya, adalah diharapkan organ-organ dalaman wanita terutama saluran peranakan dsb.nya perlahan-lahan kembali kepada keadaan sepertimana sebelum hamil, walaupun mungkin tidak sama seratus peratus seperti ketika sebelum mengandung.
Dalam tempoh berpantang nie juga, ada beberapa pantang larang yang menjadi amalan supaya proses pemulihan itu lebih berkesan.
Pantang-Larang Ibu Dalam Pantangππππ
Jangan Makan Ubi-ubian
Ubi-ubian seperti ubi kayu, keledek dan keladi perlu dielak sebab makanan jenis ini boleh mengganggu sistem pencernaan menyebabkan si ibu mungkin menghidap kembung dan sakit perut. Malah bukan setakat ibu, penyakit yang berkenaan juga mungkin boleh ‘transfer’ atau berjangkit kepada baby yang sedang menyusu.
Pastikan Selalu Pakai Sarung Kaki
Dah jadi macam satu ‘trademark’ pula. Tapi sebenarnya ia memberi manfaat besar iaitu mengelakkan kaki dan tubuh agar tak masuk angin. Kalau angina dah masuk, mulalah sengal-sengal dan badan tentu akan menjadi lebih lemah.
Tak Boleh Terhantuk Ibu Jari
Bagi sesetengah wanita yang lemah, kealpaan menyebabkan ibu jari tu terhantuk dengan benda keras boleh mengakibatkan pitam atau bentan.
Jangan Terlalu Aktif
Kalau boleh jangan terlalu banyak bergerak terutama dalam tempoh seminggu pertama selepas bersalin. Tujuannya supaya badan betul-betul mendapat rehat yang secukupnya.
Jangan Tidur Tanpa Berlapik
Elakkan tidur tidak berbantal atau sebarang pelapik yang boleh meninggikan sedikit paras kepala semasa berbaring. Selain punca kepada sakit kepala, tidur tanpa berbantal mungkin menyebabkan darah kotor susah keluar dan angina naik ke kepala menyebabkan sakit gila meroyan.
Jangan Sekali-kali Duduk Mencangkung
Dibimbangi posisi mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah tu terkeluar dan menyebabkan tumpah darah.
Mandi Duduk di Bangku
Sebaik-baiknya mandi dengan duduk di bangku untuk menjaga kesihatan peranakan. Mandi dalam keadaan duduk adalah disarankan berbanding berdiri supaya si ibu yang masih lemah tak perlu menggunakan banyak tenaga.
Rapatkan Kaki Semasa Tidur
Satu cara untuk cepatkan penyembuhan bahagian peranakan ialah dengan kaedah merapatkan kaki ketika tidur. Jangan tidur mengangkang.
Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Tidur ketika matahari tengah naik akan menyebabkan badan bertambah lesu dan sakit-sakit.
No comments:
Post a Comment