Urutan Bersalin
Biasanya Mak Andam atau Mak Bidan yang ditempah lebih awal akan menjalankan tugasan mengurut. Urut biasanya dimulakan selepas tiga hari bersalin (masa ini ibu lepas bersalin telah pulih dari sakit bersalin) Ia tidak boleh dilewatkan kerana si Ibu akan mula berasa sengal-sengal badan sekira tidak diurut ketika itu. Walau bagaimanapun Ibu-ibu muda sekarang tidak mementingkan ini kerana keadaan tubuh badannya yang kuat dari segi fisikal merasakan ianya tidak perlu melecehkan.Menurut mereka yang berpengalaman, amalan berurut perlu kerana dengan berurut organ-organ peranakan dalam badan dapat diperbetulkan kedudukannya. Tanpa urut ia kan memberi kesan negetif setelah usia meningkat. Sesetengah orang berpendapat berat badan naik dengan mendadak setelah melahirkan anak kedua atau ketiga sekiranya ibu-ibu muda tidak mengamalkan amalan berurut dan lain-lain amalan semasa melahirkan anak.
Disini peranan anggota-anggota keluarga atau saudara tertua adalah penting untuk menasihatkan ibu-ibu muda mengamalkan tradisi urut selepas bersalin.
Amalan bertungku
Amalan bertungku merupakan satu amalan yang terpenting dan perlu diamalkan oleh setiap ibu bersalin. Ia mempercepat proses penyembuhan luka diperanakan. Mereka yang bertungku akan dapat merasakan kesan positif kerana apabila sedang bertungku darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa dan ini akan mempercepatkan kering darah nifas.Amalan ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalan kan selama tidak kurang dari 45 minit pagi dan petang selama tempuh berpantang empat puluh empat hari atau lebih. Tidak hairanlah ia kerap ditinggalkan oleh ibu-ibu bersalin kerana mudah berasa jemu kerana memerlukan kerajianan usaha ibu itu sendiri. Secara peribadi sekiranya ibu-ibu tiada kemampuan untuk berpantang makan, amalan bertungku ini tidak boleh tidak jangan ditinggalkan. Ia merupakan awet muda dan nengekalkan keharmonian dan kebahagian rumahtangga seterusnya, Insyaallah.
Pada peringkat awal pantang ibu bersalin perlu mendapat bantuan orang lain untuk menyediakan tungku ( membakar dan membalut tungku).Bertungku dijalankan dua kali sehari setiap pagi dan petang sehingga lepas pantang. Batu tungku biasanya dari batu sungai pejal dan licin bersaiz penumbuk dewasa atau sesetengah tempat dibuat dari besi tuang (cast iron) berbentuk botol pipih. Sebelum dibalut dengan sepuluh lapis kain kapas elok dilapek disebelah dalam dengan beberapa lapis susunan daun mengkudu, ini mengelakan kain dari hangus dan wap panas dari daun mengkudu juga dikatakan ada kesan baik. Sebaik-baiknya gunakan lapisan daun serom.
Amalan bertungku pada asasnya ialah untuk memanas seluruh anggota badan (menurut ulama 6,666 urat dalam anggota badan bengkak dan merasa sakit semasa melahirkan anak) menjadi sakit dan perlu di pulihkan perlahan semasa tempuh pantang. Kesan panas dari batu tungku membantu proses pemulihan ini. Bertungku perut dibuat sambil berbaring. Anggota badan yang perlu diberi tumpuan ialah perut. Seluruh bahagian perut ditungku dengan menekan batu tungku dan di tolak ke atas. Mulakan dari bawah pusat sehingga seluruh perut. Direingkat ahkir bertungku anggota lain seperti punggung, peha, labu betis dan tapak kaki.
Amalan Berbarut
Memakai barut adalah sama penting dengan amalan bertungku dan perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang selama empat puluh empat hari. Dipakai selepas siap bertungku sebelah pagi dan petang. Sebelum memakai barut perut disapu dengan jadam untuk minggu pertama dan hari-hari kemudiannya disapu dengan kapur sirih dicampurkan perahan air limau nipis. Ini untuk menghilangkan kesan hitam dan menegangkan semula otot perut
No comments:
Post a Comment